Monday 15 October 2012

Kesan- kesan Pembandaran Di Negara Malaysia Kesan Positif Pembandaran 1. Pertambahan peluang pekerjaan Proses pembandaran menyebabkan perkembangan pelbagai jenis sektor ekonomi di bandar yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Peluang pekerjaan boleh didapati dalam sektor perindustrian, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, dan pentadbiran 2. Peningkatan kemudahan intrastruktur Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan hasil daripada proses pembandaran telah menyebabkan peningkatan keperluan kemudahan intrastruktur. Sistem pengangkutan yang cepat terdapat di bandarayaKuala Lumpur. Contohnya ialah Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT), komuter, dan monorel. Selain itu, pusat kesihatan, hospital, pusat pendidikan awam dan swasta, dan rumah-rumah kos rendah turut ditambahkan sejajar dengan pertambahan penduduk. 3. Peningkatan taraf hidup Peluang pekerjaan yang mencukupi dan pendapatan yang tinggi di bandar membolehkan penduduk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dan moden. Mereka yang menerima tahap pendidikan yang tinggi boleh mendapat pekerjaan yang lebih baik serta gaji yang lebih lumayan. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup mereka. Kemudahan seperti sekolah, hospital, klinik, jalan raya, bekalan air dan elektrik, pusat rekreasi membolehkan penduduk mendapat kemudahan asas yang sempuma dan rawatan kesihatan yang baik.

No comments:

Post a Comment