Monday 15 October 2012

Kesan Negatif Pembandaran 1. Kesesakan lalu lintas Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang berlaku hasil daripada pertambahan hilangan kenderaan yang pesat di bandar. Jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang kurang memuaskan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas. 2. Pencemaran Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di bandar telah menyebabkan pencemaran udara. Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida, sulfur oksida, karbon monoksida, dan oksida nitrogen telah mencemarkan udara dan menyebabkan berlakunya hujan asid dan masalah pulau haba. Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran udara dan air. Pembuangan sisa kilang dan udara kotor telah mencemarkan air sungai dan udara. Pertambahan penduduk juga mendatangkan isu pencemaran. Pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal telah mencemarkan sungai. 3. Banjir kilat Banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap. Apabila hujan turun, air larian permukaan tidak dapat diserap ke dalam tanah kerana dihalang oleh jalan raya yang berturap. Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku, Sistem perparitan dalam bandar yang kurang sempurna telah memburukkan lagi masalah ini. 4. Pertambahan kawasan setinggan Pertambahan penduduk di bandar hasil daripada penghijrahan penduduk dari luar bandar telah menimbulkan masalah kekurangan tempat tinggal. Masalah setinggan di bandar disebabkan oleh kekurangan perumahan, kadar sewa rumah, dan harga tanah yang tinggi. Kawasan setinggan juga dapat menimbulkan isu sosial seperti masalah keselamatan, kesihatan, dan sebagainya. 5. Kekurangan tenaga kerja di luar bandar Faktor tarikan di bandar telah menyebabkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Golongan muda yang berpendidikan tinggi lebih gemar mencari pekerjaan dalam sektor perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan. Keadaan ini menyebabkan mereka berpindah ke bandar. Masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan luar bandar timbul akibat daripada penghijrahan penduduk desa terutamanya penduduk pemuda ke bandar. Keadaan ini telah menyebabkan banyak kawasan pertanian di luar bandar dibiarkan dan tidak dapat dimajukan.

5 comments: