Monday 15 October 2012

Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah Pembandaran Di Malaysia 1. Kesesakan lalu lintas Masalah ini dapat dikurangkan dengan mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta. Selain itu, jalan raya yang sempit perlu dilebarkan. Jejantas pula perlu dibinakan. Perkhidmatan pengangkutan aliran ringan (LRT) dan monorel diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan masalah kesesakan lalu lintas. 2. Pencemaran Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (Pindaan). Akta ini dibahagikan kepada: Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap, 1977). Peraturan ini mengehadkan perlepasan asap kenderaan kepada 50 HDV. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978). Peraturan ini menghadkan jarak antara kawasan industri dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter. Kilang-kilang perlu memasang penapis dan meninggikan cerobong asap. Dendaan yang tinggi dikenakan terhadap sesiapa yang membebaskan sisa buangan ke udara dan sungai. Pokok-pokok ditanam di bandar untuk tujuan penghijauan bandar. Penanaman pokok dapat mengekalkan suhu sekeliling. Pencemaran air dapat dikurangkan dengan memasang perangkap sampah di sungai. Selain itu, sistem rawatan air kumbahan yang sempuma dengan pembinaan loji kumbahan perlu dijalankan. 3. Banjir kilat Masalah banjir kilat di bandar berpunca daripada kelemahan dalam sistem perparitan dan saliran. Jadi taraf sistem perparitan dan saliran perlu dinaikkan. Selain itu, kerja-kerja mendalamkan sungai perlu dilakukan. 4. Kekurangan tempat tinggal Masalah ini dapat dikurangkan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah dan pangsapuri. Kawasan yang sedia ada perlu ditempatkan semula di petempatan terancang. Masalah kekurangan tempat tinggal berlaku akibat daripada penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Konsep memperbandarkan kampung diperkenalkan untuk mengurangkan tumpuan penduduk di bandar. Selain itu, pembukaan kawasan perkilangan di luar bandar juga dapat mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.

No comments:

Post a Comment