Monday 15 October 2012

Pembandaran

Pembandaran Pengenalan Proses pembandaran menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar. Proses pembandaran atau urbanisasi merupakan proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, dan kemudahan infrastruktur. Proses ini juga menyebabkan perubahan dalam ekonomi, sosial. Sebagai contoh, kegiatan ekonomi telah berubah daripada kegiatan pertanian kepada perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan. Trend Pembandaran Di Negara Malaysia Selepas kemerdekaan, proses pembandaran di Malaysia bertambah dengan pesat. Keadaan ini dapat dilihat dari segi saiz penduduk, kegiatan ekonomi, dan kemudahan infrastruktur. Dari segi saiz penduduk, jumlah penduduk di bandar telah bertambah berbanding dengan jumlah penduduk di luar bandar. Sebagai contoh, terdapat 61.8% penduduk Malaysia yang tinggal di bandar-bandar utama pada tahun 2000.

No comments:

Post a Comment