Monday 15 October 2012

Beberapa langkah bagi mengatasi masalah kekurangan tempat tinggal.1. Pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri yang mampu dimilikioleh penduduk bandar yang berpendapatan rendah.2. Penempatan semula setinggan melalui program “ Setinggan Sifar 2005” cth: penduduk kawasan setinggan akan ditempatkan di rumah-rumahpangsa.3. Penempatan semula setinggan melalui program “ Setinggan Sifar 2005 ” 4. Pembukaan kawasan perkilangan di luar bandar untuk mengurangkan • Penempatansemulasetinggan • Membinatempatkediaman KekuranganTempatTinggal
Masalah pembuangan sisa pepejal dapat dikurangkan denganmengadakan tapak pelupusan sampah dan sisa buangan kilang.Masalah pembuangan sisa pepejal dapat dikurangkan denganmengadakan tapak pelupusan sampah dan sisa buangan kilang.Sistem Insinerator diperkenalkan untuk menggantikan sistempembuangan sampah secara terbuka. Sistem ini berupayamengurangkan ispadu sisa buangan sehingga 90 peratus.
Pembandaran • Pengangkutanbersepadu • Menambahkankenderaan awam • Melebarkan jalan • Kempen • Penguatkuasaan undang-undang • Bandar dalamtaman • Kempen • Penempatansemulasetinggan • Membinatempatkediaman • Memperbaikisistempembuangansisa pepejal PembuanganSisa PepejalKekuranganTempatTinggalKesesakanLalu Lintas Pencemaran
Faktor Mempengaruhi Pembandaran • kerajaan Malaysia menggalakkan perindustrian dibeberapa kawasan seperti:- • Cth : Zon Perdagangan Bebas di Petaling Jaya, SungaiWay, Bayan Lepas, Prai & Pasir Gudang DasarKerajaan • Kemudahan infrastruktur yang lengkap disediakan dibandar • Ini menambah peluang pekerjaan PeningkatanKegiatanEkonomi • kerajaan Malaysia membuka pusat pengajian tinggi diluar kawasan bandar. PeningkatanTaraf Pendidikan • Perkembangan jalan-jalan perhubungan • Memudahkan kesampaian Perkembangan jaringanpengangkutan
Trend Pembandaran Malaysia Selepas merdeka, trend pembandaran di negara Malaysia semakinmeningkat dan ini dapat dilihat melalui pertambahan bandar-bandar.Contoh tumpuan utama pembandaran di pantai barat S’jung M’sia : Lembah Klang - Pulau Pinang - Johor Bahru – Seremban - Lembah Kinta Contoh tumpuan utama pembandaran di pantai timur S’jung M’sia :Kota Bharu – Kuantan – Kuala TerengganuContoh tumpuan utama pembandaran di Sabah & S’wak :Lebih tertumpu di ibu negeri dan bandar-bandar utama Tahun Jumlah Penduduk % Penduduk Bandar Bilangan Bandar 1970 8 810 000 28.7 491980 13 136 109 34.2 671991 17 563 420 50.7 1292000 22 202 614 61.8 138
C. PEMBANDARAN SELEPAS MERDEKA i. berlaku migrasi besar-besaran ke kawasan bandar-urbanusasi semakin pesat ii. migrasi untuk mencaru pekerjaan dan juga melanjutkan pelajaran di bandar-bandar iii. contohnya bandar kuala lumpur, johor bharu, ipoh dll iv. bandar-bandar utama terus berkembang sedangkan kawasan lain terus ketinggalan-mewujudkan dualisme ekonomi. D. PEMBANDARAN ERA 1990-an DAN ABAD KE 21 i. penyebaran urbanisasi ke pinggir bandar-dimajukan dan dibangunkan sebagai bandar satelit-bandar baru yang lengkap dan moden ii. bandar-bandar sekitar kuala lumpur- selayang, bandar baru nilai, setapak, cheras, snawang iii. bandar- bandar baru berteraskan industri di desa-kerteh-petroleum, MEC city kuantan-elektronik. iv. Abad ke 21- era it-jaringan internet,e-mel, sistem jaringan telekomunikasi yang canggih-MSC, CYBERJYA
A. PEMBANDARAN AWAL(ABAD KE 15) i. melaka- pusat bandar yang lung di rantau ini-pusat pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama, petempatan dll ii. sebab- kedudukan strategik, dasar kolonialisme- tidak membenarkan bandar lain wujud B. ZAMAN PENJAJAHAN i. pusat-pusat petempatam sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentah ii. tarikan utama- bijih timah- taiping, larut, ipoh, kuala kumpur
Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah Pembandaran Di Malaysia 1. Kesesakan lalu lintas Masalah ini dapat dikurangkan dengan mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta. Selain itu, jalan raya yang sempit perlu dilebarkan. Jejantas pula perlu dibinakan. Perkhidmatan pengangkutan aliran ringan (LRT) dan monorel diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan masalah kesesakan lalu lintas. 2. Pencemaran Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (Pindaan). Akta ini dibahagikan kepada: Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap, 1977). Peraturan ini mengehadkan perlepasan asap kenderaan kepada 50 HDV. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978). Peraturan ini menghadkan jarak antara kawasan industri dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter. Kilang-kilang perlu memasang penapis dan meninggikan cerobong asap. Dendaan yang tinggi dikenakan terhadap sesiapa yang membebaskan sisa buangan ke udara dan sungai. Pokok-pokok ditanam di bandar untuk tujuan penghijauan bandar. Penanaman pokok dapat mengekalkan suhu sekeliling. Pencemaran air dapat dikurangkan dengan memasang perangkap sampah di sungai. Selain itu, sistem rawatan air kumbahan yang sempuma dengan pembinaan loji kumbahan perlu dijalankan. 3. Banjir kilat Masalah banjir kilat di bandar berpunca daripada kelemahan dalam sistem perparitan dan saliran. Jadi taraf sistem perparitan dan saliran perlu dinaikkan. Selain itu, kerja-kerja mendalamkan sungai perlu dilakukan. 4. Kekurangan tempat tinggal Masalah ini dapat dikurangkan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah dan pangsapuri. Kawasan yang sedia ada perlu ditempatkan semula di petempatan terancang. Masalah kekurangan tempat tinggal berlaku akibat daripada penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Konsep memperbandarkan kampung diperkenalkan untuk mengurangkan tumpuan penduduk di bandar. Selain itu, pembukaan kawasan perkilangan di luar bandar juga dapat mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.
Kesan positif akibat proses pembandaran di Bangkok adalah seperti berikut: Peluang pekerjaan yang banyak telah wujud hasil daripada pembukaan kawasan perkilangan. Kewujudan pelbagai kemudahan sosial seperti Hospital Besar Bangkok dan Hospital Bumrungrad. Sistem pengangkutan yang sempurna terdapat di Bangkok. Contohnya ialah lebuh raya bertingkat, pengangkutan aliran ringan (LRT), serta terusan-terusan air yang dikenal sebagai Klong. Pembukaan kawasan pelancongan yang terkenal iaitu Safari World. Peningkatan taraf hidup penduduk Bangkok . n
Kesan positif akibat pembandaran di Tokyo adalah seperti berikut: Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perusahaan Keihin. Menambahkan kemudahan intrastruktur yang baik dan cekap dalam bandar. Contohnya, perkhidmatan kereta api peluru (bullet train) dan landasan kereta api bawah tanah. Wujud kawasan rekreasi dan pelancongan seperti Disneyland. Pembangunan kawasan pinggir bandar berlaku. Contohnya, pembandaran di Tokyo telah menyebabkan kawasan bandar diperluaskan ke sempadan Wilayah Chiba di bahagian timur, Wilayah Kanagawa di bahagian selatan, dan Wilayah Saitama di bahagian Utara.
Kesan Negatif Pembandaran 1. Kesesakan lalu lintas Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang berlaku hasil daripada pertambahan hilangan kenderaan yang pesat di bandar. Jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang kurang memuaskan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas. 2. Pencemaran Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di bandar telah menyebabkan pencemaran udara. Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida, sulfur oksida, karbon monoksida, dan oksida nitrogen telah mencemarkan udara dan menyebabkan berlakunya hujan asid dan masalah pulau haba. Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran udara dan air. Pembuangan sisa kilang dan udara kotor telah mencemarkan air sungai dan udara. Pertambahan penduduk juga mendatangkan isu pencemaran. Pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal telah mencemarkan sungai. 3. Banjir kilat Banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap. Apabila hujan turun, air larian permukaan tidak dapat diserap ke dalam tanah kerana dihalang oleh jalan raya yang berturap. Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku, Sistem perparitan dalam bandar yang kurang sempurna telah memburukkan lagi masalah ini. 4. Pertambahan kawasan setinggan Pertambahan penduduk di bandar hasil daripada penghijrahan penduduk dari luar bandar telah menimbulkan masalah kekurangan tempat tinggal. Masalah setinggan di bandar disebabkan oleh kekurangan perumahan, kadar sewa rumah, dan harga tanah yang tinggi. Kawasan setinggan juga dapat menimbulkan isu sosial seperti masalah keselamatan, kesihatan, dan sebagainya. 5. Kekurangan tenaga kerja di luar bandar Faktor tarikan di bandar telah menyebabkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Golongan muda yang berpendidikan tinggi lebih gemar mencari pekerjaan dalam sektor perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan. Keadaan ini menyebabkan mereka berpindah ke bandar. Masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan luar bandar timbul akibat daripada penghijrahan penduduk desa terutamanya penduduk pemuda ke bandar. Keadaan ini telah menyebabkan banyak kawasan pertanian di luar bandar dibiarkan dan tidak dapat dimajukan.
Kesan- kesan Pembandaran Di Negara Malaysia Kesan Positif Pembandaran 1. Pertambahan peluang pekerjaan Proses pembandaran menyebabkan perkembangan pelbagai jenis sektor ekonomi di bandar yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Peluang pekerjaan boleh didapati dalam sektor perindustrian, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, dan pentadbiran 2. Peningkatan kemudahan intrastruktur Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan hasil daripada proses pembandaran telah menyebabkan peningkatan keperluan kemudahan intrastruktur. Sistem pengangkutan yang cepat terdapat di bandarayaKuala Lumpur. Contohnya ialah Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT), komuter, dan monorel. Selain itu, pusat kesihatan, hospital, pusat pendidikan awam dan swasta, dan rumah-rumah kos rendah turut ditambahkan sejajar dengan pertambahan penduduk. 3. Peningkatan taraf hidup Peluang pekerjaan yang mencukupi dan pendapatan yang tinggi di bandar membolehkan penduduk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dan moden. Mereka yang menerima tahap pendidikan yang tinggi boleh mendapat pekerjaan yang lebih baik serta gaji yang lebih lumayan. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup mereka. Kemudahan seperti sekolah, hospital, klinik, jalan raya, bekalan air dan elektrik, pusat rekreasi membolehkan penduduk mendapat kemudahan asas yang sempuma dan rawatan kesihatan yang baik.
Fungsi Petempatan Bandar Di Malaysia Pusat pentadbiran Bandar besar menjadi ibu kota seperti Kuantan, Georgetown, Ipoh, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu. Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pusat perindustrian Kerajaan telah membuka dan memajukan banyak kawasan industri melalui Dasar Perindustrian Negara. Kawasan ini membekalkan banyak peluang pekerjaan. Pusat perniagaan dan perdagangan Di bandar-bandar besar terdapat pusat membeli-belah yang bertaraf dunia seperti Sogo, Lot 10, Times Square, dan Suria KLCC. Bandar juga lengkap dengan pelbagai kemudahan kewangan dan perdagangan antarabangsa seperti HSBC dan Citibank. Pusat pendidikan Terdapat pelbagai jenis institusi pendidikan tinggi di bandar seperti: -Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi -Universiti Teknologi Mara, Shah Alam -Universiti Malaya, Kuala Lumpur Pusat pengangkutan dan perhubungan Jalan raya -Lebuh raya Utara-Selatan -Lebuh raya Timur-Barat -Jalan raya bertingkat Jalan kereta api -LRT, Komuter, ERL, Monorel Pusat pelancongan Kuala Lumpur - Muzium Negara, Zoo Negara, Pasar Seni Melaka - Kota A Famosa, Stadhuys, Gereja St. Paul Pulau Langkawi - Pulau bebas cukai, tempat bersejarah Pusat pengumpulan dan pemprosesan Kota Bharu dan Tanjung Karang - Padi
Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran Di Malaysia Dasar kerajaan membuka beberapa zon industri, seperti zon industri ringan di Kepong, Zon Perdagangan Bebas di Petaling Jaya, Bayan Lepas, dan Pasir Gudang. Bandar-bandar baru yang berkembang sebagai bandar perindustrian ialah Shah Alam, Kerteh, Ayer Keroh, dan Senawang. Kawasan luar bandar dibangunkan seperti Rancangan Tanah Kerajaan di Pahang, Negeri Sembilan, dan Sabah. Taraf pendidikan semakin baik di bandar seperti di Bangi, Sintok, dan Skudai Perkembangan jaringan jalan raya yang baik di bandar-bandar besar seperti bas, teksi, LRT, dan Monorel. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar disebabkan peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur yang baik, dan pusat hiburan Sumber mineral - penerokaan sumber mineral seperti petroleum, gas asli dan bijih timah telah membangunkan bandar-bandar seperti Miri dan Kerteh. Peluang pekerjaan - terdapat banyak sektor swasta dan kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan ..

Pembandaran

Pembandaran Pengenalan Proses pembandaran menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar. Proses pembandaran atau urbanisasi merupakan proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, dan kemudahan infrastruktur. Proses ini juga menyebabkan perubahan dalam ekonomi, sosial. Sebagai contoh, kegiatan ekonomi telah berubah daripada kegiatan pertanian kepada perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan. Trend Pembandaran Di Negara Malaysia Selepas kemerdekaan, proses pembandaran di Malaysia bertambah dengan pesat. Keadaan ini dapat dilihat dari segi saiz penduduk, kegiatan ekonomi, dan kemudahan infrastruktur. Dari segi saiz penduduk, jumlah penduduk di bandar telah bertambah berbanding dengan jumlah penduduk di luar bandar. Sebagai contoh, terdapat 61.8% penduduk Malaysia yang tinggal di bandar-bandar utama pada tahun 2000.